JHEAIT Hanya Lulus Tujuh Permohonan Sijil Halal

KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Hanya tujuh daripada 43 permohonan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) yang dibuat menerusi borang permohonan yang lengkap secara atas talian dan e-halal, bakal diluluskan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan kewujudan premis makanan dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di seluruh Terengganu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata tahap kesedaran pengusaha premis makanan di negeri itu masih rendah dan kebanyakan mereka melihat isu sijil halal itu sebagai perkara kecil dan remeh.

“Alasan kebanyakan mereka ialah permohonan secara atas talian, e-halal sangat menyukarkan mereka mengisi dokumen berkaitan sedangkan jika dokumen permohonan itu lengkap hanya mengambil masa tujuh hari untuk diproses.

“Bahagian Unit Penyelidikan JHEAIT tidak akan memproses dokumen permohonan yang tidak lengkap sekaligus melambatkan kelulusan memperoleh sijil halal,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Makanan & Masakan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s