Kawat Kesal Kenyataan Twitter Peter Butler Sifatkan Wartawan Parasit

KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama)– Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menganggap Peter Butler seorang yang tidak profesional kerana mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter miliknya, yang menyifatkan wartawan sebagai parasit.

Presiden Kawat Ayob Mamat berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu yang berasal dari England itu.

Beliau berkata sebagai seorang jurulatih profesional, Butler tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu, sebaliknya harus menerima keadaan semasa pasukan bimbingannya.

“Sebagai seorang jurulatih, beliau perlu menerima keadaan dan bukannya memandang sinis kepada wartawan hanya kerana wartawan tidak sehaluan dengannya.

“Sebaliknya, beliau wajar melihat dirinya dan menggunakan ruang yang ada bagi memperbetul keadaan pasukannya yang semakin ketinggalan, dan bukan menyalahkan pihak lain,” katanya kepada Bernama.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s