RM13 Juta Untuk Penerima Zakat Terengganu Menjelang Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan kira-kira RM13 juta untuk diagihkan kepada 35,640 penerima zakat di seluruh negeri ini sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dari jumlah itu, sebanyak RM3.5 juta bakal diagihkan kepada 9,494 orang miskin di Kuala Terengganu, RM2.4 juta untuk 6,283 di Besut, RM2 juta untuk 5,618 di Marang, RM1.6 juta untuk 4,522 di Dungun, RM1.33 juta kepada 3,651 di Kemaman, RM1 juta untuk 2,759 di Hulu Terengganu dan RM444,000 kepada 1,192 penerima di Setiu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata peruntukan yang disalurkan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu telah mula diagihkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap kawasan secara berperingkat mulai Isnin.

“Pengagihan ini bagi memudahkan penerima…membuat persiapan awal menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada 712 penerima di DUN Tepoh di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bagi penerima kategori miskin, mereka mendapat wang zakat sebanyak RM350 manakala miskin tegar atau fakir menerima RM450 seorang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s