Terengganu Tawar Tanah Dan Tapak Rumah Kepada Bekas Tentera Tidak Berpencen

KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri menawarkan tapak rumah atau tanah pertanian kepada bekas tentera yang tidak berpencen dari kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata mereka boleh memohon tanah melalui Pegawai Daerah setempat sekiranya mereka tidak memiliki tapak rumah dan tidak pernah memohon tanah daripada kerajaan.

“Ini (pemberian tapak rumah) memang normal bagi rakyat Terengganu dan mereka berhak untuk dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat serta pendaftaran Ahli Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi KVTTB Malaysia, Mohd Sabri Abdul Malik.

Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat masalah bekas tentera yang tidak berpencen dan sebagai buktinya kerajaan negeri komited menawarkan tapak rumah atau tanah pertanian kepada mereka.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

One Response to Terengganu Tawar Tanah Dan Tapak Rumah Kepada Bekas Tentera Tidak Berpencen

  1. R.Manokaran says:

    Adakah saya sebagai bekas tentera yang kini bermastautin di Selangor dibenarkan memohon tanah pertanian dari Kerajaan Negeri Terengganu ? ………. Mano

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s