Jadikan Razali ikon pendidikan

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH utusanterengganu@utusan.com.my

AHMAD Razif Abdul Rahman (dua dari kanan) dan Tengku Putera Tengku Awang (kanan) melawat pameran sempena Program Bicara Tokoh Allahyarham Dato’ Razali Ismail, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 5 Julai – Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, di sini akan mewujudkan pusat dokumentasi berkaitan Allahyarham Datuk Razali Ismail tidak lama lagi.

Pengarahnya, Ghulam Sarvek Mubarak Ali berkata, ia bagi memudahkan masyarakat terutamanya pengkaji dan pelajar mendapatkan maklumat tepat mengenai tokoh pendidikan itu yang merupakan salah seorang individu kebanggaan rakyat dan negeri.

Katanya, pusat itu akan menghimpunkan bahan-bahan dokumentasi dalam pelbagai bentuk berkaitan dengan kehidupan Allahyarham Razali yang dianggap sebagai salah seorang ‘arkitek’ dalam bidang pendidikan.

“Mereka yang ingin membuat rujukan boleh mendapatkan maklumat dan pelbagai bahan rujukan seperti minit mesyuarat, rakaman video, rakaman suara ketika merasmikan mesyuarat, buku-buku dan gambar-gambar apabila pusat itu dibuka dikelak.

“Kita mahu sifat Allahyarham Razali yang begitu bertanggungjawab untuk menyempurnakan tugas yang diamanahkan malah berketrampilan sebagai seorang guru dan pemimpin dicontohi,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Tokoh Allahyarham Dato’ Razali Ismail, di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Allahyarham Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu pernah menerajui institusi pendidikan itu selain memikul tanggungjawab di Kementerian Pelajaran sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Pada majlis itu individu-individu paling rapat dengan Allahyarham Razali yang dijemput sebagai panel iaitu anak sulungnya, Mohd. Norazli Razali; bekas Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran, Wan Hashim Mohd. dan S.M. Nor yang merupakan rakan akrab Allahyarham sejak kecil.

Mereka membicarakan sisi Allahyarham sebagai seorang bapa, penjawat awam, ahli akademik, ahli politik, penggiat seni dan seorang rakan.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Roshali Taha.

Menurut Ghulam, selain mengabadikan nama Allahyarham bagi kampus itu, penubuhan pusat itu sebagai pelengkap bagi mengenangkan jasa dan bakti yang dicurahkan Allahyarham untuk membangunkan bangsa melalui pendidikan.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan majlis tersebut, Ahmad Razif berkata, masyarakat terutama warga pendidik dan pelajar wajar menjadikan Razali sebagai ikon pendidikan yang berjiwa rakyat.

Katanya, kecintaan tokoh itu terhadap pendidikan anak bangsa begitu menebalkan sehingga sentiasa berusaha mencari jalan meningkatkan pencapaian mereka dengan pelbagai pendekatan baru.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s