Nelayan Terkejut Temui Tengkorak Manusia Di Pulau Bidong

KUALA TERENGGANU, 5 Julai (Bernama)– Dua orang nelayan yang sedang mencari rotan atas bukit di Pulau Bidong, Setiu terkejut bila menemui tengkorak manusia di kawasan peninggalan pelarian Vietnam, pagi Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata, dua sahabat yang berusia 36 dan 37 tahun itu segera memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai Stesen Penyelidikan Pulau Bidong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ketika itu sedang melakukan aktiviti di tapak berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Khamis, Manoharan berkata tengkorak itu ditemui berhampiran kubur kem pelarian Vietnam; bagaimanapun pihaknya gagal menemui cebisan rangka yang lain.

Siasatan awal mendapati tengkorak itu milik seorang lelaki berusia sekitar 18 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap tengkorak itu tidak mendapati apa-apa kesan seperti cedera, tembakan atau sebagainya namun kita telah menghantar tengkorak tersebut ke Unit Ontologi Hospital Kuantan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s