1,500 Anak Bakau Ditanam Pada Program Alam Sekitar Dan Komuniti Tempatan

SETIU, 6 Julai (Bernama) — Kira-kira 150 anggota polis, kakitangan Nestle Malaysia serta komuniti tempatan Kampung Mangkok, di sini Jumaat terlibat dalam program menanam 1,500 pokok bakau di tepi laut tanah bencah di Kuala Baru, dekat sini.

Program anjuran Nestle dengan kerjasama Tabung Alam Sedunia (WWF) itu sebagai mengambil inisiatif menanam pokok bakau di sekitar kawasan pesisiran pantai dengan bantuan wanita tempatan – Persatuan Wanita Kampung Mangkuk Setiu (Pewanis).

Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Nestle Zainun Abdul Rauf berkata program itu bertujuan menyuntik kesedaran di kalangan ahlinya dan masyarakat tentang keperluan memulihara ekosistem dan melindungi alam sekitar.

“Kami percaya penganjuran aktiviti sebegini mampu membuka mata generasi muda untuk lebih mengenali dan menghargai alam.

“Dengan adanya program seperti ini, kami berharap agar masyarakat terutamanya penduduk kampung ini akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam peranan membantu mengekalkan kestabilan alam sekitar terutama yang melibatkan kawasan paya bakau,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s