Kerajaan Terengganu Diminta Segerakan Projek Infrastktur Di Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu diminta menyegerakan semua projek pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Kuala Nerus yang bakal dijadikan daerah kelapan di negeri itu.

Anggota Parlimennya Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata beliau berharap projek pembinaan kompleks pejabat pentadbiran di kawasan itu disegerakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya proses pembangunan infrastruktur itu sepatutnya dimulakan pada bulan lepas namum sehingga ini, ia masih belum dimulakan.

“Saya bimbang kelewatan ini akan dipolitikkan oleh pembangkang yang akan menggunakan isu tersebut untuk meraih undi rakyat menjelang pilihan raya umum nanti, kononnya kerajaan hanya menabur janji namun tidak menunaikannya,” katanya selepas Majlis Mesra Bersama Media di sini hari ini.

Pada April lalu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan kompleks pentadbiran Kuala Nerus dan sejumlah RM20 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja fasa pertama.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s