Peniaga Tembikai Nyaris Maut Lori Dirempuh Dari Belakang

MARANG, 7 Julai (Bernama) — Seorang peniaga tembikai nyaris maut apabila lori dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah lori lain dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, di sini, pada Sabtu.

Kejadian pukul 10.50 pagi itu berlaku ketika Mohd Hamzah Ismail, 51, memberhentikan lori di depan gerai untuk menurunkan bekalan tembikai yang baru dibelinya daripada pembekal di Kampung Serting, dekat sini.

Menurut isteri mangsa Normah Abd Razak, 49, yang pada masa itu berada di gerai berkenaan bersama seorang anak dan cucunya, secara tiba-tiba lori suaminya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori lain, menyebabkan lori suaminya melanggar sebatang pokok.

“Akibat rempuhan itu suami saya tersepit di tempat duduk pemandu manakala buah tembikai hampir 400 kilogram tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan. Saya hanya mampu menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang ada di situ,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dada kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala pemandu lori yang merempuh mangsa dipercayai melarikan diri.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s