Terengganu Cadang Jadikan Tiga Sungai Pusat Santuari Ikan

SETIU, 7 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu kini dalam usaha untuk menjadikan tiga batang sungai di negeri itu sebagai pusat santuari beberapa jenis ikan bagi memajukan sektor pelancongan berasaskan akuakultur di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu, Asha’ari Idris berkata tiga sungai itu ialah Sungai Loh di Hulu Dungun, Sungai Pelong dan Sungai Lata Payung di Setiu.

“Program pelepasan benih ikan yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu kini mula menampakkan hasil yang positif di mana kita kini boleh memberi ikan makan secara terus dari tangan di Sungai Pelong, Setiu.

“Cadangan untuk menjadikan tiga sungai ini sebagai pusat santuari memang sudah dimulakan dan proses itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya antara setahun atau dua tahun,” katanya dalam sidang media di majlis pelepasan benih anak ikan di Sungai Lata Payung di Setiu di sini hari ini.

Sebanyak 37,000 benih anak ikan pelbagai spesis dilepaskan di dua sungai yang terletak di Setiu itu antaranya ikan lampam kerai, ikan lampam sungai, jelawat merah dan talapia.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s