SUKMA: Ummi Hamimah, Mohd Fattah Cipta Kejutan Dalam 200m Pecut

TEMERLOH, 8 Julai (Bernama) — Atlet Terengganu Ummi Hamimah Mohamad dan Mohd Fattah Amri Zaid dari Kedah mencipta kejutan apabila menundukkan peserta pilihan untuk meraih emas acara 200m pecut wanita dan lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 di sini Ahad.

Ummi Hamimah mengalahkan peserta yang lebih senior daripadanya Jupha Somnet dari Perlis dengan kiraan mata 2-0 manakala Mohd Fattah mengatasi prospek emas Muhd Arfy Qhairant Amran dari Melaka 2-1 dalam pusingan akhir.

Ummi Hamimah, 18, berkata beliau mengakui sukar untuk menang ke atas Jupha yang lebih berpengalaman daripadanya.

“Saya sangat gembira. Jurulatihlah yang banyak memberi cadangan dan pandangan dalam menghadapi perlawanan akhir menentang Jupha tadi. Hasil daripada strategi yang diaturnya saya dapat mencapai kejayaan ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Gadis berasal dari Dungun itu turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada ibunya Rozita Chik yang menyambut harijadinya hari ini.

Sementara itu, Mohd Fattah, 20, berkata perlumbaan di atas jalan raya lebih mencabar berbanding di dalam velodrome memandangkan pelumba tidak boleh menggunakan kelebihan ranking.

Beliau berkata sokongan keluarganya yang datang dari jauh telah menaikkan semangatnya untuk tidak berputus asa ketika terikat 1-1 dengan Muhd Arfy Qhairant.

Gangsa bagi kategori wanita dan lelaki menjadi milik Lauretta Eva Adrian dari Sabah dan Muhamad Fakhruddin Daud@Dawod dari Johor.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s