70 Murid Tahun Tiga Di Terengganu Dikesan Hadapi Masalah Pembelajaran

HULU TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) — Seramai 70 murid Tahun Tiga di negeri ini dikesan menghadapi masalah pembelajaran atau literasi numerasi (Linus Tegar).

Sejumlah 38 daripadanya gagal dalam ujian Linus Saringan Enam manakala selebihnya masih belum menjalani ujian oleh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan negeri.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ngah Bidin berkata kesemua murid yang gagal itu dikenalpasti mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas sekaligus bakal ditempatkan di kelas pemulihan.

Menurutnya, jika dilihat pada jumlah murid tahun tiga di negeri ini seramai kira-kira 25,000, maka 70 orang itu bukan jumlah yang besar dan pihak sekolah akan berusaha memulihkan semua pelajar tersebut.

“Ianya sejajar dengan sasaran yang kita buat iaitu menjelang tahun 2013 nanti, Terengganu akan mencapai status sifar ‘linus tegar’ sejajar dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s