Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu Bantah Perhimpunan Oren 14 Julai Ini

KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) — Anggota Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu (MBFM) Rabu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cadangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengadakan perhimpunan Oren sebagai membantah Penubuhan Felda Global Venture Holding (FGVH) Sdn Bhd.

Pada demostrasi selama setengah jam di perkarangan pejabat Felda Wilayah Terengganu di sini yang disertai kira-kira 50 anggota MBFM itu, mereka turut menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani pada kira-kira 11.45 pagi.

Terdahulu, mereka yang mewakili Majlis Belia Felda seluruh Terengganu turut membuat 15 laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu berhubung perkara itu.

Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu, Mohd Azani Mohd Noor berkata mereka menyifatkan perhimpunan Oren akan menjejaskan imej Felda seterusnya memberikan perspektif negatif kepada pelabur terhadap prospek FGVH.

“Saya terpanggil membuat laporan polis agar pihak penganjur perhimpunan Oren dikenakan tindakan undang-undang…tindakan kumpulan ini (ANAK) amatlah tidak disenangi dan dipersetujui oleh majoriti peneroka serta warga Felda yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Abd Malib berkata pihaknya akan memanjang bantahan tersebut kepada pengurusan tertinggi Felda dengan segera.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s