Terengganu terus dominasi ujian masa berpasukan

utusanpahang@utusan.com.my
TEMERLOH – Terengganu ternyata tiada tandingan dalam acara berbasikal ujian masa berpasukan lelaki apabila meraih pingat emas di sini, semalam.

Gandingan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri, Muhammad Khairul Azizi Abdulladan dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri menguasai acara ujian masa sejauh 72.1 kilometer di sini dengan catatan satu jam 34:38.909s.

Pencapaian itu mengulangi kejayaan yang sama pada Temasya XIV di Melaka dua tahun lalu dan edisi XIII semasa Terengganu menjadi tuan rumah.

Jurulatih Terengganu, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan berkata, kejayaan semalam berjaya dicapai kerana semua pelumba memberikan fokus sepenuhnya, juga sesi latihan ketat selama selama lima bulan khusus untuk temasya XV.

“Kami menjalani latihan hampir seluruh Semenanjung sebelum memberikan tumpuan di laluan sebenar perlumbaan selama dua minggu.

“Berdasarkan latihan tersebut kami membuat bedah siasat bagi mencari kelemahan dan membaikinya dalam beberapa siri latihan sehingga hari perlumbaan sebenar,” katanya.

Tambahnya, kejayaan Terengganu juga kerana mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan para penaja yang terdiri daripada Conndale Asia Singapore, Bikelaze, KTCC dan Mazebike.

Pingat perak acara tersebut diraih pasukannya Negeri Sembilan yang membariskan Mohd. Ekbar Zaman Huri, Amirul Anuar Jafri, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohamad Fairet Rusli dengan masa 1.39:12:797s.

Pasukan jemputan dari Brunei yang dibarisi Azmi Abd Hadzid, Ahmad Rifa’ie Johor, Muhammad I’maadi Abd. Aziz dan Muhd. Syazwi Azhar Muhd. Hairolrani meraih pingat gangsa (1.40:53:516s).

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s