Kediaman lebih selesa buat warga Taman Rahmat

MARANG 12 Julai – Kerajaan negeri bersetuju membina 60 unit rumah teres bagi menempatkan semula 230 anggota keluarga orang kurang upaya di Taman Rahmat di sini agar mereka dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan membuat keputusan itu setelah meneliti keadaan 53 unit rumah kayu yang didiami sejak berapa dekad lalu kini dalam keadaan usang dan daif.

Katanya, pembinaan kediaman baru di tapak berkeluasan tujuh hektar berhampiran penempatan mereka dijangka dimulakan tahun depan.

“Banyak rumah telah rosak, jadi demi masa depan keluarga mereka, kerajaan negeri bersetuju membina 60 unit rumah teres tiga bilik tidur.

“Jadi, kita ada baki tujuh rumah kelak, ia sebagai tambahan kemudian kepada yang lain. Lebih (unit rumah) tidak mengapa, ini akan menyenangkan lagi,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s