Pasangan edar dadah sembunyi dalam pondok

KEMAMAN – Metro: Bagi mengelak kegiatan mengedar dadah dikesan polis, sepasang kekasih nekad menjadikan pondok yang didirikan sementara dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini sebagai tempat tinggal sejak hampir setahun lalu.

Malah untuk mengaburi mata polis, pasangan terbabit dikatakan bijak menyembunyikan pondok berkenaan apabila menutup bahagian atas pondok yang dibina menggunakan kotak kertas itu dengan pelepah sawit.

Bagaimanapun, taktik digunakan pasangan terbabit masing-masing berusia 20 dan 36 tahun terbongkar selepas kawasan persembunyian mereka di ladang sawit Felda Neram, di sini, dikesan dalam satu operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dolah, Selasa lalu.

Menurut sumber, operasi dilakukan hasil risikan bahagian berkenaan selepas menerima aduan penduduk setempat itu bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 517 gram heroin bernilai hampir RM40,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah di empat kawasan Felda berhampiran iaitu Neram 1 dan 2, Jabor serta Cheneh.

“Serbuan di pondok berkenaan dilakukan pada jam 7.30 pagi dan ketika diserbu, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah untuk diserahkan kepada pengedar dadah di empat kawasan felda terbabit.

“Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,640, sebuah motosikal Yamaha bernilai RM8,000, alat penimbang dan penyukat serta plastik kecil yang digunakan untuk mengisi dadah,” katanya.

Susulan tangkapan itu, polis yang menjadikan pasangan terbabit sebagai umpan turut berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 35 tahun di kawasan itu.

“Semua lelaki terbabit adalah pengedar dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan felda di daerah ini,” katanya.

Pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s