SUKMA: Gandingan Amira Syahirah/’Dicky’ Raih Dua Emas Buat Terengganu

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) — Gandingan mantap Amira Syahirah Mohd Zulkefli dan kuda kesayangannya ‘Dicky’ menghasilkan dua emas buat Terengganu pada acara ekuestrian Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pusat Ekuestrian Tanjung Lumpur di sini Khamis.

Dicky berjaya memikat para juri pada acara ‘dressage’ untuk mengumpul mata tertinggi 63.54 peratus.

‘Super CJ7’ milik atlet Perak Mohamad Faiz Hanuar berada di tempat kedua dengan mata 62.55 peratus manakala ‘Samalinda’ yang ditunggang oleh Natalya Aira Wah Idris dari Wilayah Persekutuan memperoleh 61.98 peratus untuk tempat ketiga.

Dalam acara ‘showjumping’, Amira Syahirah melakukan tunggangan yang baik untuk mencatat purata masa 74.34 saat daripada dua pusingan dan hanya gagal pada satu lompatan sahaja.

Gadis berasal dari Kuala Terengganu memberitahu Bernama, beliau dan ‘Dicky’ sudah biasa menyertai kejohanan dan kuda berwarna coklat itu tidak lagi gementar dengan suasana pertandingan seperti hari ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s