UMT Anjur Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) selama lima hari mulai Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA 2012 Prof Datuk Dr Saharuddin Abdul Hamid berkata, program tahunan yang dianjurkan sejak 2010 itu bertujuan mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian pengalaman dan idea dalam mengukuhkan asas Kor SISPA.

“Kor SISPA ditubuhkan di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) bagi memupuk semangat integrasi nasional yang berteraskan semangat sedia bekerjasama dan persaingan yang sihat dalam menguji kemahiran yang dipelajari mahasiswa.

“Ia bagi menerap sifat kreatif serta inovatif, semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara di kalangan mahasiwa,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dr Saharuddin berkata perhimpunan tersebut akan disertai kira-kira 1,500 mahasiswa dari 24 IPTA dan IPTS seluruh negara.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s