Bekas Anggota Parlimen Dungun Dipilih Tokoh Pemimpin Terbilang 2012

DUNGUN, 13 Julai (Bernama) — Pergerakan yang terbatas berikutan diserang angin ahmar sejak dua tahun lepas, tidak menghalang bekas Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Dungun, Abdul Wahab Yunus memberi sumbangan bagi memastikan parti dan kerajaan terus mendapat sokongan rakyat.

Meskipun keadaan fizikalnya tidak seperti dahulu, Abdul Wahab, 71, yang lumpuh separuh badan dan terpaksa berkerusi roda untuk bergerak, bagaimanapun masih mampu memberi sumbangan idea.

Sebagai ‘orang lama’ dalam parti dan kerajaan, beliau masih menjadi rujukan pemimpin setempat terutama dalam melaksanakan agenda pembangunan di daerah Dungun khususnya dan Terengganu amnya.

“Walaupun tidak boleh aktif seperti dulu, saya sangat sayangkan BN yang selama ini menjadi tunjang pembangunan dan keamanan negara. Selagi boleh, saya akan terus memberi sumbangan termasuk idea untuk kesejahteraan rakyat terutama di Dungun dan Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Wahab hari ini dipilih Penerima Anugerah Tokoh Pemimpin Terbilang Peringkat Parlimen Dungun 2012, dan lebih manis lagi ia disampaikan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Terengganu, pada Jumaat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s