Penderitaan Veteran Umno Mendapat Perhatian Perdana Menteri

KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) — Penderitaan veteran Umno Naqisah Yusof, 68, yang menghidap angin ahmar mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Bukit Payong di sini Jumaat.

Najib mengunjungi bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Bukit Payong itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Payong.

Naqisah, yang kini menggunakan kerusi roda melahirkan rasa syukur dan terharu atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa untuk bertanya khabar akan keadaan diri dan keluarganya.

“Makcik sangat terharu dapat melihat Perdana Menteri depan mata dan sudi datang ke rumah ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suaminya, Salleh Mohamad, 72, pula berkata kunjungan pemimpin nombor satu negara itu merupakan satu kenangan manis buat mereka sekeluarga.

Pengerusi Tetap Umno Marang itu berkata isterinya mengalami kelumpuhan badan sejak tujuh tahun lalu.

“Terima kasih atas kunjungan Perdana Menteri pada hari ini. Kehadiran beliau benar-benar mencipta sejarah buat kami sekeluarga,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s