SUKMA: Pengorbanan Muhd Ajmal Aiman Buahkan Hasil Kepada Terengganu

KUANTAN, 13 Julai (Bernama) — Pengorbanan Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan melepaskan peluang beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol berbaloi apabila meraih pingat emas acara 110m lari berpagar lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Jumaat.

Pada acara yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini,

Muhd Ajmal Aiman menyumbangkan pingat emas keenam buat kontinjen Terengganu dalam acara olahraga apabila menamatkan perlumbaan itu dengan masa 14.67 saat.

Pingat perak milik pelari Selangor, Alif Ashraf Mohd Razali yang mencatat 14.80s manakala Jad Naeman Washif dari Sabah meraih gangsa selepas mencatatkan masa 15.06s.

Muhd Ajmal Aiman berkata beliau bangga dengan kejayaan itu kerana dapat membantu kontinjen Terengganu dalam pungutan pingat.

“Bagi saya berbakti untuk negeri sendiri adalah lebih besar nilai,” kata pelari berusia 19 tahun itu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s