Faizal faktor utama kejayaan Terengganu

FAIZAL menyumbangkan empat gol untuk membantu skuad hoki lelaki Terengganu menewaskan Pulau Pinang 5-4 di Stadium Hoki Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan semalam.

JURULATIH Terengganu, Nik Rozemi Nik Mohamed memberitahu, bahawa kehadiran penyerang antarabangsa, Faizal Saari menjadi kunci utama kejayaan pasukan itu menewaskan Pulau Pinang 5-4 pada aksi separuh akhir acara hoki Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 semalam.

Saingan yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, Kuantan itu menyaksikan Faizal menyumbangkan empat gol pada minit ke-6, 10, 28 dan 68.

“Kehadiran Faizal Saari dalam skuad Terengganu tahun ini sangat menjadi dan dia memang pemain utama kami hari ini,” kata Nik Rozemi sejurus tamat perlawanan itu.

Bagaimanapun, kredit harus diberikan kepada Muhammad Firhan Ashari apabila berjaya menjaringkan gol ’emas’ untuk membantu pasukan itu melakar kemenangan dramatik 5-4 pada minit ke-85.

Nik Rozemi berkata, kejayaan tersebut turut menjadi pembakar para pemainnya untuk menentang Wilayah Persekutuan pada aksi final hari ini.

Ini kerana kemaraan ke final itu membuktikan kesempurnaan anak-anak buahnya untuk bangkit meskipun selepas Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada separuh masa kedua.

“Ini merupakan kali pertama skuad hoki Terengganu mara ke final sejak tahun 1996 dan akan cuba sebaik mungkin untuk menentang Wilayah Persekutuan hari ini,” katanya.

Pulau Pinang berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Mohd. Khairul Naim Johari pada minit ke-39, Muhammad Rahimi Iskandar Baharom (42), Muhammad Azwar Abdul Rahman (58) dan Ahmad Tarmizi Ismail (64).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan yang turut mara ke final selepas melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Johor dalam satu lagi aksi separuh akhir di lokasi yang sama.

Wilayah Persekutuan memperoleh jaringan menerusi Mohammad Ramadhan Rosli pada minit ke-32 dan 39, Amir Farid Ahmad Fuzi (40 dan 51) dan gol terakhir hasil sumbangan Mohd. Syamim Mohd. Yusof (60).

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s