Jabatan Perikanan Terengganu Berjaya Tetaskan 42,210 Ekor Anak Penyu Agar

DUNGUN, 18 Julai (Bernama) — Jabatan Perikanan Terengganu berjaya menetaskan 42,210 ekor anak penyu Agar dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata anak penyu berkenaan adalah daripada sejumlah 126,206 biji telur yang dikutip di pantai Terengganu dan dieramkan.

“Anak penyu berkenaan kita telah lepaskan ke laut. Yang terbaru kita lepas 250 ekor anak penyu agar pada Sabtu lepas di Pantai Ma’daerah, Kemaman,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Abdul Khalil berkata dalam tempoh yang sama juga, jabatan itu mengeramkan 1,129 biji telur tuntung laut tetapi telur tersebut belum menetas lagi.

Katanya pada tahun lepas, jabatan itu berjaya menetaskan 280,916 ekor anak penyu dan 569 ekor tuntung laut melalui program yang sama.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s