Jauhi Diri Daripada Amalan Bertentangan Islam Semasa Ramadan – Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU, 18 Julai (Bernama) — Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru umat Islam di negeri ini agar lebih menghormati dan memuliakan kedatangan Ramadan dengan menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan ketaqwaan agar tergolong sebagai orang yang diredai.

Titah baginda sambil meningkatkan amalan mulia, golongan yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dilupakan dengan dibantu menerusi amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang berbuka berpuasa.

“Beta mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakyat beta yang beragama Islam supaya menggunakan peluang yang dianugerahkan oleh Allah sepanjang bulan Ramadan untuk melipatgandakan usaha dan amalan ibadah kepadanya.

“Bulan anugerah Allah ini hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara kebaikan kerana mungkin ini merupakan tahun terakhir bagi kita merasai rahmat Ramadan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam perutusan menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak di sini pada Rabu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s