Maidam Tetapkan Zakat Fitrah Di Terengganu Antara RM4.50 – RM7.60

KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini pada RM7.60, RM7 dan RM4.50 mengikut kategori beras yang dimakan.

Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata kadar itu diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dengan beras bermula 1 Ramadan hingga pagi Aidilfitri sama ada menerusi amil yang dilantik atau kaunter bayaran zakat Maidam, katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Selain itu, zakat fitrah juga boleh dibayar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) bagi pelanggan Celcom dan Maxis.

Bagi pembayaran di kaunter, umat Islam boleh berbuat demikian dari 8.30 pagi hingga 4 petang (Ahad hingga Rabu) dan 8.30 pagi hingga 2.30 petang pada hari Khamis.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s