Olahragawan Sukma Terima Insentif Tambahan RM10,000 Daripada Kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Julai (Bernama) — Olahragawan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, Abdul Mubin Rahim memperoleh kegembiraan berganda apabila kerajaan Terengganu mengumumkan insentif tambahan sebanyak RM10,000 sebagai menghargai kejayaannya itu.

Atlet angkat berat itu berkata beliau secara peribadi sangat bangga dengan kejayaannya dan bersyukur dengan pemberian insentif khas itu, yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

“Saya bersyukur kerana dapat menyumbang emas kepada kontinjen Terengganu namun apa yang lebih menggembirakan, saya berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara angkat berat yang mana ia merupakan misi besar saya pada Sukma kali ini.

“Jumlah imbuhan yang diberikan amat besar dan saya berhasrat menyimpan wang tersebut bagi kegunaan masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Menteri Besar dan barisan exco di Wisma Darul Iman di sini, Rabu.

Atlet kelahiran Seberang Takir berusia 21 tahun itu, merupakan anak keenam daripada 13 beradik dan mula menceburi sukan angkat berat sejak dari zaman persekolahan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s