Anggota polis maut kereta rempuh rumah kedai

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis maut setelah kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah rumah kedai di Jalan Sultan Mahmud, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, L/Kpl Shahrizal Muhammad, 30, yang berasal dari Kampung Banggol, Tok Jiring di sini dalam perjalanan ke tempat bertugas di Seri Iman iaitu kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Batu Burok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Abdul Halim Ishak berkata, dalam perjalanan dari Balai Polis Kuala Terengganu, mangsa dikatakan tertinggal barang di rumah sewanya di Kampung Kuala Ibai sebelum berpatah balik ke rumahnya.

Beliau berkata, apabila tiba di tempat kejadian, kereta Proton Inspira yang dipandu mangsa hilang kawalan dan merempuh sebuah rumah kedai berhampiran.

“Akibat rempuhan kuat itu nyaris meragut nyawa keluarga pemilik rumah kedai itu yang sedang nyenyak tidur.

“Mangsa yang tersepit kira-kira 45 minit dalam kereta berjaya dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Halim berkata mangsa yang cedera parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, namun disahkan meninggal dunia kira-kira 5.25 pagi tadi. – BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s