Terengganu Peruntukan RM377,000 Mengimarah Masjid Dan Surau Seluruh Negeri

KUALA TERENGGANU, 19 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM377,000 untuk program mengimarah masjid dan surau di negeri ini sempena bulan Ramadan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata wang itu akan diagih kepada surau dan masjid melalui Majlis Agama Islam di daerah-daerah.

Ahmad berkata kerajaan melalui Yayasan Islam Terengganu (YIT) juga telah mengagihkan 5,000 naskhah al-Quran kepada surau dan masjid di seluruh negeri sempena kedatangan Ramadan ini.

Malah, kerajaan negeri juga mula mengagih-agih tambahan kira-kira 5,000 lagi al-Quran sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada surau dan masjid, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata sempena ketibaan bulan puasa ini juga, kerajaan negeri akan mengagihkan buah kurma dan air zam-zam kepada 300,000 rumah umat Islam di seluruh negeri ini melalui wakil Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Malah kerajaan negeri juga akan menempatkan 20 imam didatangkan khas dari tanah Arab iaitu Arab Saudi ke masjid terpilih di seluruh negeri Terengganu bagi menghidupkan suasana Ramadan,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s