Tunku Muhriz Dahului Senarai 294 Penerima Darjah Kebesaran Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 Julai (Bernama) — Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mendahului senarai 294 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-50 keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat.

Tuanku Muhriz dianugerah Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pula adalah penerima tunggal darjah kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Enam penerima Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk dan Toh Puan bagi isteri mereka.

Mereka ialah Pegawai Kewangan Negeri Datuk Abdul Razak Ismail; Panglima Medan Tentera Darat Lt Jeneral Datuk Zulkiple Kassim; Naib Presiden Petronas Datuk Anuar Ahmad; Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace A/L John dan Profesor Emeristus Datuk Paduka Dr Nik Anuar Nik Mahmud.

Tiga penerima Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Seramai 14 penerima Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (S.M.Z) termasuk Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Rozi Mamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu manakala 20 individu menerima Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin (A.M.Z) termasuk Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa dan Pengurus Besar Kewangan Bank Rakyat, Mustafha Abdul Razak.

Seramai 10 individu menerima Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T), termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Polis Terengganu SAC Datuk Jamshah Mustapa.

Darjah kebesaran D.P.M.T juga membawa gelaran Datuk.

Bekas Anggota Dewan Negara, Senator Zainun Abu Bakar dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT) Md Kamaru Al-Amin Ismail adalah antara 15 individu yang menerima Setia Mahkota Terengganu (S.M.T) manakala 29 individu menerima Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) termasuk Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Md. Yuslan Md. Yusof dan Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Mat Zaid Ibrahim.

Seramai 168 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 16 penerima Pingat Lama Berjawatan (PLP) dan 12 menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC).

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat berkenaan akan disempurnakan pada 30 Sept ini oleh Sultan Mizan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s