Persatuan belia terima bantuan RM788,000

KUALA TERENGGANU 21 Julai – Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM788,000 bagi membantu kelancaran pentadbiran persatuan belia di bawah gabungan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Daerah (MBD).

Lebih 300 persatuan belia di seluruh negeri menerima bantuan pentadbiran masing-masing bernilai RM2,000 dalam usaha membantu meningkatkan lagi aktiviti pergerakan itu.

Peruntukan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Dataran Syahbandar di sini semalam.

Sewaktu berucap, Ahmad berkata, kerajaan berjanji untuk sentiasa bersama generasi muda berkongsi pandangan dan menyokong pembabitan mereka dalam usaha memaju dan membangunkan negeri.

Menurutnya, perhimpunan kali ini membuktikan proses memperkasakan golongan belia sedang berlaku dan semangat sukarelawan di kalangan generasi muda semakin meningkat.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s