Pengurniaan darjah, bintang kebesaran Terengganu 30 September

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Beberapa lagi individu menerima darjah kebesaran dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-50 Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pada 30 September ini.

Mereka terdiri daripada 10 individu dikurnia darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk iaitu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd. Rozali Salleh dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Korporat) TATIuc, Zulkifli Mohamad.

Turut dianugerahkan darjah itu ialah Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd. Wan Ibrahim; Setiausaha Bahagian di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar; Pengarah Utama Wan Husin & Associates Sdn. Bhd., Wan Husin Wan Embong dan Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Bacha.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s