Exco Saran Imarah Surau Sekolah Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Julai (Bernama) — Surau sekolah terutama sekolah harian di negeri ini disaran supaya mengadakan program pengimarahan terutama pada waktu solat Maghrib dan Isyak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata banyak manfaat sekiranya program seumpama itu dilaksanakan, antaranya ia dapat mengurangkan pelajar bermasalah dan gejala melepak pada waktu malam.

“Apa salahnya di samping mengadakan kelas malam, disertai pula dengan mengimarahkan surau. Ini secara tidak langsung dapat mengintegrasikan program di mana anak-anak belajar kelas malam dan ibu bapa turut hadir bersama sembahyang berjemaah.

“Saya cadangan supaya program ini diadakan bersama antara Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada lima buah masjid dan 23 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini Isnin.

Ahmad Razif berkata beliau mendapati penggunaan surau di sekolah harian hanya pada solat Zohor dan Asar manakala solat Maghrib dan Isyak tidak diadakan sembahyang berjemaah.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s