PBSNT Belum Pasti Guna Pemain Pinjaman Hadapi Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU, 23 Julai (Bernama) — Terengganu belum pasti menggunakan khidmat beberapa pemain pinjaman untuk menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Menegaskan demikian, pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh berkata ini kerana pemain-pemain pilihan yang menjadi rebutan di kalangan pasukan yang bertanding telahpun diambil oleh pasukan lain.

Menurut beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), skuad Penyu mungkin akan memberi perhatian sepenuhnya kepada pemain-pemain sedia ada kerana mereka juga merupakan pemain yang baik dan perlu diperkemaskan sahaja.

Che Mat berkata beliau yakin beberapa orang pemain utama yang mengalami kecederaan seperti pemain tengah, Reeshafiq Alwi, Manaf Mamat (penyerang) dan Sharbinee Allawee (penjaga gol) dijangka akan sembuh menjelang perlawanan itu.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedia menggunakan khidmat pemain luar untuk memantapkan pasukan Terengganu sekiranya berjaya melangkah ke saingan Piala Malaysia.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s