Sembilan Kes Pencerobohan Di Taman Laut Terengganu Sehingga Julai Tahun Ini

BESUT, 23 Julai (Bernama) — Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Terengganu mencatatkan sembilan kes pencerobohan nelayan di Taman Laut di negeri ini dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah JTLM Terengganu, Bahrinah Bahrim berkata daripada jumlah itu, enam kes membabitkan pencerobohan Taman Laut di Pulau Perhentian manakala selebihnya di Pulau Redang.

Katanya biarpun pihaknya sering memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya nelayan tentang kesan pencerobohan Taman Laut khususnya menggunakan pukat tunda dan pukat jerut, namun masalah itu masih berlaku.

“Berikutan itu, kami terpaksa bertegas dengan mengambil tindakan undang-undang serta meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengatasi masalah pencerobohan.

“Kesemua tangkapan yang dibuat telah didakwa di mahkamah dan menerima hukuman,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s