Akademi Sepak Takraw Terengganu Adakan Perlawanan Persahabatan Di Vietnam

KUALA TERENGGANU, 24 Julai (bernama) — Akademi Sepaktakraw Terengganu (Pasta) akan mengadakan perlawanan persahabatan di Vietnam selama seminggu mulai 18 Okt ini.

Pengerusi Pasta, Dr Mohamad Omar berkata, lawatan itu adalah sebagai penghargaan kepada Pasta yang menjadi naib juara Kejohanan Sepak Takraw bawah 16 Tahun peringkat kebangsaan baru-baru ini.

“Pasta telah mendapat undangan daripada Persatuan Sepaktakraw Vietnam untuk melawat negara itu dan bermain dengan mereka selama seminggu di sana.

“Kita akan ke sana pada tarikh berkenaan iaitu selepas pemain-pemain kita menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana kebanyakan pemain kita berumur 15 tahun,” katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.

Dr Mohamad berkata, Pasta yang berpusat di Sekolah Menengah Padang Midin di sini juga akan mengadakan jalinan kerjasama dengan sekolah-sekolah sukan sepak takraw di negara itu kerana mereka juga mempunyai projek sukan sepak takraw sendiri.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s