Sampel Makanan Di Bazar Ramadan Terengganu Diambil Untuk Pemeriksaan

KUALA TERENGGANU, 24 Julai (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mula mengambil sampel makanan yang dijual di 2,900 gerai bazar Ramadan di seluruh bandar ini bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Sampel yang diambil adalah secara rawak dengan tumpuan diberi kepada makanan yang berisiko terdedah kepada pencemaran bakteria, antaranya makanan yang perlu dikendali dengan tangan secara terus, makanan yang menggunakan santan atau makanan yang tidak perlu dimasak seperti kerabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar berkata pengambilan sampel makanan itu juga dilakukan secara berjadual di peringkat daerah oleh kakitangan jabatan itu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagi setiap daerah, kakitangan kami akan pergi ke setiap bazar Ramadan dan mengambil sampel makanan yang berisiko dicemari bakteria yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

“Sekiranya keputusan dari makmal mengesahkan sampel makanan yang diuji itu telah dicemari bakteria, tindakan tegas akan terus diambil termasuk menghentikan jualan di bazar Ramadan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Selasa.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s