Arkib Terengganu Peroleh Khazanah Berkaitan Bidang Falak Syarie

KUALA TERENGGGANU, 25 Julai (Bernama) — Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu memperoleh khazanah bernilai berkaitan bidang falak syarie hasil peninggalan tokoh falak tersohor negeri Abdul Ghani Salleh.

Pengarahnya Mohd Nasir Ismail berkata, khazanah yang sangat bernilai itu disumbangkan oleh waris Allahyarham di rumah bekas kediamannya di jalan Bakti, di sini baru-baru ini.

“Kita merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada keluarga Allahyarham kerana mengambil langkah awal menyerahkan koleksi tersebut kepada Arkib setelah mendapati ada petanda yang sebahagian daripada dokumen tersebut mula diserang anai-anai.

“Ini merupakan tindakan yang tepat kerana Arkib Negara sememangnya mempunyai kepakaran dalam pemuliharaan dan penyimpanan bahan bernilai sejarah atau kebangsaan yang berada di bawah jagaannya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Rabu.

Mohd Nasir berkata, ketika ini Arkib Negara cawangan Terengganu sedang memproses bahan-bahan tersebut termasuk menjalankan kerja-kerja fumigasi, membersih, menyenarai dan mengotak untuk simpanan kekal.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s