ECERDC Terus Fokus Tingkatkan Pencapaian Akademik Murid Miskin

KEMAMAN, 25 Julai (Bernama) — Seramai 160 murid daripada keluarga miskin yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekitar Kemaman menyertai Kem Raptai Penuh Teknik Menjawab Soalan UPSR anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata program itu adalah antara usaha unit Latihan Kemahiran Akademik Empower Kemaman untuk membantu mereka, yang pencapaian akademiknya agak lemah supaya dapat menduduki UPSR dengan lebih yakin dan bersemangat.

“Hasil analisa kita pada tahun lalu mendapati kesemua 400 murid yang menyertai kem ini berjaya lulus 100 peratus dalam UPSR dan 39 daripadanya berjaya memperolehi 5A.

“Kejayaan itu menyebabkan ECERDC terus komited dalam usaha memantapkan aspek pendidikan di Kemaman sebagai satu sumbangan kami di daerah ini dan program ini juga disediakan untuk pelajar yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup kem yang berlangsung selama dua hari di Cheneh Recreation Resort (CRR) di sini yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s