Jabatan Perikanan Terengganu Masih Dalam Proses Temuduga Lesen Sampan

KUALA TERENGGANU, 25 Julai (Bernama) — Jabatan Perikanan Terengganu masih dalam proses menemuduga nelayan dan awak-awak yang memohon lesen sampan tahun ini bagi memastikan lesen itu dikeluarkan kepada mereka yang layak sahaja.

Pengarah jabatan itu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata pihaknya sedang meneliti 655 permohonan baru yang diterima sepanjang tahun ini dari nelayan di seluruh negeri bagi tujuan pengeluaran lesen sampan.

“Sebelum lesen dikeluarkan, jabatan perlu menemuduga bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai nelayan atau awak-awak yang memohon lesen sampan itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, Rabu.

Abdul Khalil berkata pemeriksaan perlu dibuat bagi memastikan pemohon sememangnya nelayan dan awak-awak, sudah mendapat elaun sara hidup RM200 sebulan dan mempunyai kad nelayan.

Menurutnya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, jabatan itu telah mengeluarkan 308 lesen sampan kepada nelayan di Terengganu manakala tahun lepas sebanyak 1,588 lesen dikeluarkan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s