Terengganu Hampir Pasti Dapat Khidmat Bekas Pemain All Blacks Sebagai Jurulatih

KUALA TERENGGANU, 25 Julai (Bernama) — Hasrat Terengganu mendapatkan khidmat bekas pemain All Blacks dari New Zealand membimbing pemain ragbi negeri itu mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata dalam pertemuan antara wakil kerajaan negeri dan wakil Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia beberapa hari lepas, menunjukkan hasil positif dalam mewujudkan kerjasama tersebut.

“Kita dalam proses mewujudkan Akademi Ragbi Terengganu dan berharap jurulatih yang merupakan bekas pemain pasukan All Blacks itu akan dapat membantu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.

Beliau berkata wakil Pesuruhjaya Tinggi New Zealand itu dijangka mengadakan perbincangan dengan Persatuan Rabgi New Zealand untuk mencari jurulatih yang berkelayakan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM17 juta tahun ini melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu untuk memajukan sukan di negeri itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s