Terengganu Peruntuk RM1.2 Juta Untuk Jabatan Pelajaran Negeri Anjur Kursus Intensif

KUALA TERENGGANU, 25 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri akan memberi bantuan segera sebanyak RM1.2 juta kepada Jabatan Pelajaran Terengganu bagi penganjuran kursus intensif untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan memastikan Terengganu terus mengungguli peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Kita (kerajaan negeri) perlu buat sesuatu supaya terus berjaya dalam bidang pendidikan dan mendahului dalam mencatat keputusan cemerlang bagi kesemua peperiksaan tersebut tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau berkata berdasarkan pencapaian peperiksaan pertengahan penggal baru-baru ini, terutama PMR, kerajaan berpuas hati kerana keputusan yang diperoleh adalah lebih baik.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s