Dua ekor gajah ditangkap

GAJAH dua beranak yang ditangkap Perhilitan Terengganu di kawasan Hulu Besut menunggu ketibaan gajah denak untuk dipindahkan, semalam. – BERNAMA

BESUT 25 Julai – Dua ekor gajah yang sebelum ini menakutkan pekebun dan penoreh getah di beberapa buah kampung di kawasan Hulu Besut, di sini, berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Pengarah jabatan berkenaan, Yusof Shariff berkata, gajah dua beranak terdiri daripada ibu yang berumur 20 tahun dan anaknya, gajah jantan berumur lapan tahun, akan dipindahkan ke kawasan Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu beberapa hari lagi.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu ketibaan gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lancang, Pahang untuk memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap petang Isnin lalu.

Katanya, gajah itu ditangkap oleh anggota Unit Gajah Perhilitan Terengganu yang membuat pemantauan selama beberapa hari susulan aduan orang ramai termasuk kejadian seorang lelaki hampir diserang gajah minggu lepas ketika sedang mengutip durian di kebunnya di Lata Tembakah.

Yusof berkata, kedua-dua gajah itu ditangkap antara pukul 2.15 dan 2.45 petang di kawasan Sungai Tenang dekat Lata Tembakah dengan menggunakan tembakan ubat pelali.

Gajah berkenaan kini ditambat di tempat ia ditangkap sementara menunggu gajah denak dari Kuala Gandah tiba untuk dipindahkan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mendekati kawasan gajah itu ditempatkan bagi mengelak gajah yang kini dirantai bertindak agresif yang dikhuatiri akan menyulitkan operasi pemindahannya kelak. – BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s