Impikan beraya bersama ibu

Roni Abdul Ghani membaca doa berbuka puasa bersama cucu-cucunya dari kiri, Kamarul Hamizan Ahmad Kamal, Kamalina Nur Balqism, Faris Fauzan dan Fatin Nurzalina ketika dipertemukan di Riyaz Heritage, Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 25 Julai – Kamarul Hamizan Ahmad Kamal, 10, tidak tahu mengapa ibu dan ayahnya meninggalkannya bersama tiga lagi adiknya dan hilang begitu sahaja daripada hidup mereka sejak dua tahun lalu.

Namun, kanak-kanak itu mengagak mungkin dia dan adik-adiknya sering menyusahkan ibu dan ayah mereka kerana acap kali meminta dibelikan sesuatu.

Akibat ditinggalkan ibu bapa mereka, Kamarul bersama adiknya Kamalia Nur Balqis, 8; Fatin Nurzalia, 5; dan Faris Fauzan, 4, kini menetap di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi di Teluk Ketapang, Seberang Takir, dekat sini sejak lebih setahun lalu.

“Ma (ibu), baliklah. Balik sekejap pun tak apa. Balik tengok kami sahaja. Kami tak mahu apa-apa, kami tak mahu duit pun,” rayu Kamarul.

“Datanglah masa raya. Ma tak payahlah ambil kami dari sini, tetapi datang tengok kami macam ayah selalu datang,” katanya.

Empat beradik itu ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad dan kakitangan Great Clean Services di sini semalam.

Menceritakan nasib kanak-kanak itu, datuk mereka, Roni Abdul Ghani Roni, 64, memberitahu, kira-kira dua tahun lalu, bapa Kamarul yang juga anaknya, Ahmad Kamal dan menantunya, Siti Nor Hasmiza Hamid masing-masing berusia 30-an meninggalkan anak-anak mereka di rumahnya di Pulau Duyung, dekat sini.

Namun, setelah menjaga kira-kira setahun, Roni terpaksa menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan cucu-cucunya itu di rumah kebajikan kerana tidak mampu menanggung kehidupan mereka.

Katanya, keputusan itu dibuat dengan hati yang berat kerana mahukan cucu-cucunya tersebut mendapat kehidupan yang lebih baik selain terjamin masa depan mereka.

“Kalaulah isteri saya, Ramlah Ngah masih hidup sudah pasti dia tidak akan membiarkan cucu-cucunya ditempatkan di rumah kebajikan,” jelasnya yang juga bergantung hidup dengan bantuan JKM.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s