Kerajaan Terengganu Rancang Pindahkan Penduduk Pulau Sekati

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri merancang memindahkan sebahagian besar penduduk Pulau Sekati, dekat sini ke projek perumahan Taman Tamadun Islam (TTI), apabila projek itu siap kelak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kini kebanyakan penduduk pulau berkenaan tinggal di tanah milik orang perseorangan.

“Kami akan mengadakan rundingan dengan penduduk Pulau Sekati untuk pindahkan mereka ke TTI yang tidak jauh dari Pulau Sekati. Ketika ini, kami tidak tahu lagi berapa jumlah yang terlibat,” katanya ketika ditemui semasa menanam beberapa pokok kurma di TTI, di sini, Khamis.

Katanya projek perumahan TTI itu melibatkan pembinaan rumah banglo dan rumah kos sederhana dan kerajaan akan memastikan penduduk memperoleh rumah mampu milik yang lebih selesa.

Penempatan penduduk ke TTI itu juga penting, katanya, bagi membolehkan Masjid Kristal di situ mengadakan fardu Jumaat kerana ketika ini solat itu tidak dapat dijalankan berikutan tidak cukup qariah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s