Pejawat Awam Ditahan Miliki Senapang Dan Dadah

SETIU, 26 Julai (Bernama) — Seorang penjawat awam berusia 32 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dan memiliki selaras senapang patah buatan sendiri, di sini, Khamis.

Lelaki tersebut ditahan dalam Ops Tapis ketika polis melakukan serbuan di rumahnya di Kampung Bukit, Sungai Tong, di sini pada pukul 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Rohaizat Abd Ani berkata dalam serbuan itu, polis turut menemui lapan butir peluru, dua ketul ganja mampat seberat 26.40 gram dan 10 bili pil kuda jenis WY di dalam bilik rumah berkenaan.

Polis juga turut merampas wang tunai RM1,150, dipercayai hasill jualan dadah dan suspek baru enam bulan bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Sungai Tong, katanya kepada pemberita di sini.

Rohaizat berkata suspek dipercayai menyimpan senapang patah itu untuk tujuan menjaga kebun milik bapanya mertuanya.

Katanya hasil ujian saringan mendapati bapa kepada dua anak itu turut positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, dalam operasi berkenaan, seramai tujuh lelaki berusia 17 dan 28 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Sungai Tong kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s