PPDNKK Nafi Harga Daging Naik Mendadak Di T’ganu

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) — Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Terengganu menafikan harga daging lembu di negeri ini naik mendadak sejak bermulanya bulan puasa.

Timbalan Pengarah PPDNKK Terengganu Abdul Ghani Harun berkata, “Memang kita akui sebelum Ramadan harga daging di pasar-pasar di negeri ini dijual dengan harga RM20 sekilogram.

“Namun setelah memasuki bulan puasa ini, ia naik RM2 menjadi RM22 sekilogram,” katanya kepada pemberita semasa membuat pemeriksaan biasa di Pasar Cabang Tiga di sini hari ini.

Kenaikan itu mengikut pemborong disebabkan berlaku kenaikan harga lembu dari Australia, lembu fidlot dan lembu dari Thailand, kata beliau.

“Kenaikan itu juga berlaku akibat kenaikan harga bayaran di tempat penyembelihan serta tambang pengangkutan yang berjumlah RM200 setiap ekor dari penternak ke tempat penyembelihan, tidak kira lembu kecil atau besar,” katanya.

Sementara itu, Terengganu tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak kerana bekalan yang diterima sebanyak 2,200 metrik tan sebulan adalah mencukupi.

Abdul Ghani berkata, pihaknya mengerahkan 100 kakitangan penguatkuasa dengan 80 orang pegawai bagi memantau harga barang menjelang musim perayaan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s