UMT Anjur Program Cakna Masyarakat

KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) — Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan program UMT ‘Cakna Masyarakat’ pada 30 Julai ini.

Penolong Pendaftar UMT Zolarman Muhamad berkata program itu akan diadakan di Kampung Banggol, Mengabang Telipot dan Kampung Padang Nenas Mengabang Telipot.

Beliau berkata program itu adalah satu daripada inisiatif universiti untuk memenuhi tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat sekitar.

“Melalui program itu, UMT mensasarkan sekurang-kurangnya 10 keluarga miskin akan menerima sumbangan antaranya berupa wang tunai, bekalan makanan dan minum serta perubatan sekiranya perlu,” katanya di sini Khamis.

Beliau berkata antara objektif utama program itu ialah untuk memupuk sifat cakna di kalangan warga UMT serta membangkitkan rasa prihatin dan simpati terhadap rakyat yang dibelenggu masalah kemiskinan.

Sumbangan dan bantuan yang akan diberikan itu diperoleh daripada tajaan dan sumbangan pihak swasta dan orang perseorangan, katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s