Lima Gajah Denak Bantu Pindahkan Dua Gajah Di Hulu Besut

BESUT, 27 Julai (Bernama) — Lima gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lancang, Pahang diperlukan untuk membantu memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap di Hulu Besut pada petang Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Yusof Shariff berkata kedua-dua gajah akan dipindahkan ke habitat asalnya di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

“Pada masa ini gajah tersebut ditempatkan di Sungai Tenang, Lata Tembakah dan proses pemindahan akan dibantu oleh lima ekor gajah serta kakitangan dari pusat berkenaan dan juga bantuan daripada anggota Perhilitan Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pada petang Isnin lalu, dua ekor gajah yang terdiri daripada gajah jantan berumur lapan tahun dan ibunya berumur 20 tahun ditangkap pada 2 petang oleh Unit Gajah Perhilitan negeri ini.

Penangkapan dua ekor gajah itu nyata melegakan penduduk kampung di kawasan itu yang sebelum ini bimbang diganggu gajah berkenaan termasuk kejadian seorang penduduk yang hampir diserang gajah berkenaan ketika mencari durian di kawasan Lata Tembakah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s