Syed Muhammad Hussaini Mahu Pelajari Teknik Baru Lumba Basikal Di London

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) — Jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata misi utamanya ke Sukan Olimpik London ialah mempelajari teknik baru dalam sukan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata peluang berada di sana juga akan digunakan untuk memberi sokongan moral kepada empat anak Terengganu yang beraksi pada temasya tersebut.

Mereka ialah Mohammed Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Fatehah Mustapa dan Azizul Hasni Awang.

“Inilah peluang untuk pergi melihat bekas anak didik saya bertanding sambil memberikan sokongan kepada mereka,” katanya di sini Jumaat.

Kerajaan Terengganu telah menaja pemergian Syed Mohd Hussaini yang juga jurulatih lebuh raya negara ke London atas kejayaan cemerlang skuad lumba basikal negeri itu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang, baru-baru ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s