Mangsa pertama mercun tahun ini

KHAIRUL HAMIZY RAMLEE – am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut apabila jiran memberitahu, dua anak saya berada dalam kepulan asap tebal di luar rumah dan tidak lama itu saya mendengar jeritan anak sulung memanggil nama ibu dan meluru ke arah saya.

“Hancur luluh hati saya apabila melihat seluruh wajah anak berwarna merah kehitaman,” kata Suhaili Che Man, 23, ibu kepada Muhammad Irsyad Sirhan Mohd Fazrul, 6, yang melecur teruk di muka dan badan selepas membakar belerang mercun bola di Kampung Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhammad Irsyad Sirhan dan adiknya Muhammad Irfan Haziq, 2, menemui serbuk belerang mercun bola yang dibuang bapa saudaranya beberapa hari lalu sebelum mengajak adiknya membakar serbuk itu di depan rumah.

Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila belerang yang dibakar pantas menyambar muka dan tangan kiri Muhammad Irsyad Sirhan yang berada di depan adiknya.

Ibu kepada dua anak yang ditemui di Wad Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, berkata, sebelum kejadian itu anak sulungnya kerap meminta mercun daripada bapa saudaranya dan hanya diberikan sarung mercun bola, manakala serbuk belerang yang diasingkan disimpan dalam sebuah bekas plastik.

“Malangnya, benda itu ditemui anak dan dia merayu dengan bapa saudaranya untuk mendapatkan pemetik api pula, tetapi tidak dilayan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, hasrat anak sulungnya untuk membakar belerang itu tercapai apabila menjumpai pemetik api yang disimpan bapa saudaranya sebelum bergegas ke luar rumah untuk membakarnya.

Menurutnya, api yang terhasil daripada belerang itu menyambar seluruh muka dan tangan kirinya, manakala anak bongsu yang berada di belakang tidak cedera. Kedua-dua anaknya bergegas masuk ke rumah sebaik kejadian berlaku.

“Ketika itu saya di dapur dan terkejut mendengar Muhammad Irsyad Sirhan memanggil saya serta menunjukkan muka dan tangannya yang terbakar terkena api belerang.

“Saya bergegas membawanya ke bilik air dan memandikannya sebelum menyapu putih telur ayam di wajahnya yang terbakar sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya sebelum diminta rujuk ke Hospital Dungun.

“Disebabkan kesan lecur serius, Muhammad Irsyad Sirhan dibawa ke HSNZ dan doktor memberitahu anak melecur 40 peratus di muka, mata, tangan dan kaki,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s